Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Disyaki mengintip, rakyat Malaysia ditahan di Norway

today12 September 2023

Background


Suspek dilaporkan cuba mengintip pejabat perdana menteri dan beberapa pejabat kerajaan di Norway.

PETALING JAYA: Seorang rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Norway kerana disyaki mengintip pejabat perdana menteri, kementerian pertahanan dan beberapa pejabat kerajaan negara itu.

Menurut Norwegian Broadcasting (NRK), lelaki itu dipercayai cuba memintas komunikasi elektronik pejabat itu sebelum ditahan pada malam Jumaat lalu, lapor NewsInEnglish.

Kata laporan itu, suspek akan ditahan sekurangnya empat minggu sementara siasatan diteruskan dan untuk dua minggu pertama dia akan diasingkan.

Pendakwa raya NorwayThomas Fredrik Blom memberitahu NRK, pengasingan itu perlu kerana terdapat risiko tinggi bukti diubah.

Agensi polis perisikan Norway (PST) berkata lelaki itu beberapa kali dirakam berada dalam kereta sewanya di luar beberapa pejabat kerajaan.

Lelaki itu dilaporkan dituduh atas dakwaan cuba memintas isyarat elektronik termasuk perbualan telefon bimbit dan pesanan teks.

Sementara…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post