Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Disyaki seleweng RM75,000, pengerusi pertubuhan belia direman

today12 February 2023

Background



Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka membenarkan pengerusi pertubuhan belia itu direman SPRM selama empat hari. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Seorang pengerusi pertubuhan belia di Johor direman empat hari bermula semalam hingga Selasa ini bagi membantu siasatan berhubung salah guna kedudukan.

Perintah reman bermula 11 hingga 14 Feb itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Suzana Mokhtar selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, semalam.

Menurut sumber dipetik Bernama, wanita berusia 40-an itu dipercayai bekerja di sebuah jabatan kerajaan di Melaka, ditahan kira-kira 5 petang Jumaat lalu ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Melaka.

Suspek ditahan kerana disyaki menggunakan jawatan dan kedudukannya untuk menggunakan wang milik pertubuhan itu berjumlah kira-kira RM75,000 untuk kegunaan dirinya sendiri.

Pengarah SPRM Melaka, Mohd…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Aidil puas tewaskan ‘abang senior’

Kuala Lumpur: Pelari pecut meningkat naik dari Sabah, Pengiran Aidil Auf Hajam mencipta sensasi apabila berjaya memenangi pingat emas 200 meter (m) Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2023, hari ini.

today12 February 2023