Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Disyaki terima RM40,000 percepat bayaran kontraktor, pegawai kerajaan ditahan

today18 October 2023

Background


Sumber SPRM memaklumkan suspek dipercayai melakukan perbuatan itu antara 2017 hingga 2020 dan wang rasuah dikesan dipindahkan ke akaun miliknya.

PUTRAJAYA: Seorang pegawai kerajaan di sebuah kementerian ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya hari ini, selepas disyaki menerima kira-kira RM40,000 wang rasuah sebagai balasan untuk mempercepatkan proses tuntutan bayaran syarikat kontraktor.

Menurut sumber, lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 2 petang di pejabat SPRM Putrajaya.

Sumber itu memaklumkan lelaki tersebut dipercayai melakukan perbuatan berkenaan antara 2017 hingga 2020 dan wang rasuah dikesan dipindahkan ke akaun miliknya.

Pengarah SPRM Putrajaya, Azizul Ahmad Sarkawi, yang mengesahkan penahanan itu ketika dihubungi, berkata siasatan dijalankan bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, namun individu berkenaan dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dan seorang penjamin, selepas keterangannya direkodkan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post