Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Disyaki terima suapan rujuk pinjaman rumah, 2 termasuk pegawai bank direman

today18 April 2024

Background


Suspek yang berusia 43 dan 35 tahun dibenarkan ditahan reman empat hari untuk siasatan kes meminta dan menerima suapan berjumlah kira-kira RM316,000. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pegawai dan bekas pegawai sebuah bank direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan berjumlah RM316,064.33 daripada beberapa firma guaman di sekitar Melaka.

Perintah reman selama empat hari bermula hari ini dikeluarkan Majistret Nabilah Nizam selepas membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Ayer Keroh.

Menurut sumber, kedua-dua suspek berusia 43 dan 35 tahun terbabit disyaki melakukan perbuatan itu ketika membantu memberikan rujukan kes untuk urusan dokumentasi pinjaman hartanah daripada bank.

“Siasatan awal SPRM mendapati suspek berusia 43 tahun masih bertugas di ibu pejabat bank terbabit di Petaling Jaya, Selangor manakala seorang lagi suspek adalah bekas pegawai di cawangan bank sama di Melaka.

“Mereka disyaki…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post