
PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan keutamaan baginya kini ialah keamanan dan keselamatan, apabila ditanya pandangan mengenai undang-undang hudud di Malaysia.
Ditemubual wartawan terkenal, Mehdi Hasan, baru-baru ini, Anwar berkata Malaysia harus fokus pada cabaran sebenar dunia yang sedang mengalami pendigitalan dan peralihan tenaga, walaupun pihak tertentu menggunakan hudud sebagai alat politik.
“Apabila berkuasa, mereka mendakwa ‘hudud bukan keutamaan kami sekarang’. Jelas sekali bagi mereka, ia lebih kepada muslihat politik. Dalam Islam, kita mesti menangani keutamaan, dan bagi saya, keamanan dan keselamatan diutamakan,” katanya lapor Bernama.
Antara isu mendesak yang penting ditangani pada masa ini ialah pendidikan dan penjagaan kesihatan, katanya.
“Keutamaan mesti termasuk meningkatkan kualiti pendidikan, menyediakan penjagaan…