Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ditarik pusaran air, 2 beradik lemas di air terjun

today26 February 2023

Background


Mohamad Syafiq berjaya menyelamatkan diri, namun terjun semula ke sungai untuk menyelamatkan adiknya, Mohamad Syazwan.

Polis berkata, mayat dua beradik itu ditemui dengan bantuan penduduk kampung yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat.

ALOR SETAR: Dua beradik ditemui lemas selepas ditarik pusaran air di kawasan air terjun Sungai Sedim, Kulim.

Dalam kejadian 3.20 petang tadi, Mohamad Syafiq Yusof, 33, ditemui lemas ketika cuba menyelamatkan adiknya, Mohamad Syazwan, 25.

Ketua Polis Kulim, Mohd Redzuan Salleh, berkata sebelum kejadian, dua beradik itu dilaporkan mandi di air terjun itu bersama tiga rakan lain.

“Semasa mandi di kawasan lubuk kawah, tiba-tiba air berpusar dan menenggelamkan mereka semua. Empat daripada mereka menyelamatkan diri, tetapi Syazwan hilang dan disyaki lemas.

“Pada mulanya, Syafiq berjaya menyelamatkan diri, namun bertindak terjun semula ke dalam sungai untuk menyelamatkan adiknya. Bagaimanapun, dua beradik berasal dari Tasik Gelugor, Pulau…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Gergasi Merah menang tipis

Petaling Jaya: Tandukan ‘emas’ Yazan Al-Arab memastikan Selangor FC memulakan kempen Liga Super dengan langkah kanan apabila menang 1-0 ke atas Kelantan United di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini, malam tadi.

today26 February 2023