Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ditipu pelaburan tak wujud, penghantar makanan rugi lebih RM75,000

today8 December 2023

Background


Polis berkata mangsa tertipu selepas menekan pautan iklan skim pelaburan menjanjikan pulangan lumayan di media sosial sebelum membuat laporan polis semalam.

SIBU: Seorang penghantar makanan kerugian RM75,300 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan yang tidak wujud secara dalam talian.

Ketua Polis Sibu, Zulkipli Suhaili, berkata lelaki berusia 50-an itu pada mulanya terlihat sebuah skim pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan diiklankan menerusi laman Facebook pada 10 Sept lepas.

Tertarik dengan skim itu, beliau berkata mangsa telah menekan satu pautan iklan dan kemudian berhubung melalui aplikasi WhatsApp dengan seorang ejen bernama Susan yang memberikan penjelasan berkenaan pelaburan terbabit.

“Pada 24 Sept, suspek telah memasukkan nombor telefon mangsa ke dalam kumpulan WhatsApp pelaburan atas nama Global Live Road Show yang mempromosikan pelaburan saham modal dan meminta mangsa memuat turun aplikasi Bain Online serta membuat bayaran bagi memulakan pelaburan.

“Mangsa…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post