
KUANTAN: Seorang wanita mendakwa kerugian RM118,767.49 selepas terpedaya dengan sindiket tawaran kerja sambilan yang menjerat mangsa dengan menawarkan gaji tinggi secara dalam talian.
Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata mangsa yang berusia 22 tahun itu mendakwa ditawarkan pekerjaan oleh seorang wanita yang dikenalinya menerusi laman sosial Instagram pada 23 Julai lepas.
“Suspek dikatakan telah menawarkan mangsa untuk menyelesaikan satu tugasan dengan bayaran selain turut memberikan nombor telefon untuk dihubungi jika mangsa berjaya melakukan kerja itu.
“Mangsa yang menghubungi suspek kemudiannya ditawarkan pula tugasan melakukan tangkap layar barangan di pautan diberikan dengan dijanjikan keuntungan bagi setiap tangkap layar dibuat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Yahaya berkata mangsa yang bekerja di sebuah…