Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Dituduh Dapat Layanan Special Gara-Gara Sulaman Nama ‘Aafiyah’ Di Uniform Sekolah, Netizen Back Up Siti Nurhaliza

today9 September 2022

Background

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza didakwa mendapat layanan ‘istimewa’ selepas tular sebuah foto uniform sekolah bersulam nama anaknya, Siti Aafiyah.

Berdasarkan ciapan yang dimuat naik oleh pemilik akaun @iniAlalalann, dia berkongsi tangkap layar yang diambil daripada Instagram rasmi sekolah terbabit yang memuat naik aksi Aafiyah memakai baju sekolah.

“Haters gonna hate. Pasal uniform ada sulam nama pun nak twist kata dapat special treatment. Padahal, orang tu gigihlah hantar pergi kedai untuk letak nama dekat baju sebab excited anak first nak masuk sekolah. Tiba-tiba kena tuduh tak ada integriti bagai. Podia hang?” ciapnya.

Ciapan terbabit bertujuan untuk membidas tuduhan netizen mendakwa Aafiyah mendapat layanan ‘istimewa’ kerana namanya bersulam di uniform sekolah.

“Kat baju tu memang ada print nama ya. Anak saya sekolah di sana sejak 2017, tak ada pula baju print nama,” komen seorang netizen.

Menyedari isu tersebut berbangkit, pelantun Aku Bidadari Syurgamu tampil menjawab komen netizen itu dengan menjelaskan Siti menempah jahitan nama di baju anaknya.

“Saya print sendiri… Hantar ke kedai,” ujar Siti.

Nama Siti turut terpalit selepas kontroversi yang membabitkan pempengaruh Azfar Heri didakwa mendapat layanan istimewa setelah menerima banyak pek kacang daripada sebuah syarikat penerbangan, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Terima Kecaman Disebabkan ‘Kacang’, Azfar Heri Akui Kesilapan & Tampil Mohon Maaf – “Saya Tak Tahu Wujudnya…”

Written by: Salma


Previous post