Sebut sahaja rancangan realiti Running Man, pasti ramai yang mengenali Kim Jong-kook dimana turut dikenali dengan nama Sparta. Ramai berasa kagum dengan Kim Jong-kook kerana memiliki tubuh yang sasa walaupun usianya bukanlah muda.
Terbaharu, seorang ahli bina badan Kanada iaitu Greg Doucette mendakwa Kim Jong-kook menggunakan bahan terlarang, steroid bagi mendapatkan bentuk badan ‘sado’ yang dimilikinya dan menyatakan mustahil untuk memiliki bentuk badan seperti itu pada usia 45 tahun.