Pelakon Abby Abadi menolak dakwaan kononnya dia sengaja memusing cerita berkaitan anak perempuannya yang juga pempengaruh, Marissa Dania Hakim yang kematian anaknya baru-baru ini.
Kata Abby, dia memang tidak mengetahui mengenai hal tersebut pada ketika itu sehinggalah semuanya selesai.
“Pasal Marissakematian baby tu, saya memang tak tahu dan ambat dapat tahhu.Demi Allah say atak tahu.
“Ada yang kata saya pusing cerita. Tahu tapi buat tak tahu, aduhai… apa yang pusingnya? Saya dapat tahu lepas semuanya selesai,” katanya.
Abby atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, berkata demikian menerusi kapsyen yang ditulis pada perkongsian tangkap layar portal hiburan di Instagram Stories miliknya.
Mengulas lanjut, Abby juga kesal dengan sikap segelintir warganet yang susah untuk mnerima kenyataan.
“Kenapa susah sangat nak terima kenyataan saya? Semua nak kata kita buat cerita, buat content. Ingat orang tak ada kerja ke?,” jelasnya.

Pada 24 Ogos lalu, memetik laporan media Abby menjelaskan masih tidak mengetahui mengenai laporan berita bahawa anak perempuannya, Marissa Dania sudah bersalin.
Menurutnya, dia sama sekali masih belum mendapat perkhabaran sahih mengenai kandungan Marissa yang berusia 6 bulan itu meninggal dunia semasa dilahirkan.
ARTIKEL BERKAITAN:Bersalin Bayi Pra Matang, Abby Abadi Mengaku Masih Belum Dapat Khabar Dari Marissa Dania – “Tak Tahu Nak Nasihat Apa”
ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Berita Anak Rayu Ibu Pulang, Hantaran Abby Abadi Raih Perhatian – “Jaga Dari Kecil, Belum Apa-Apa Dah Dilupakan”
ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Berang, Buat ‘Party’ Di Ruangan Komen IG Abby Abadi ‘Sekolahkan’ Marissa Dania – “Sombong Nak M****s! Terpaling Aslam Je Kat Mata Dia”
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Reda Kehilangan Bayi Sulung, Marissa Dania Jawab Isu Bersama Abby Abadi – “Saya Tak Ketepikan Mama, Suami Lebih Selesa Berhubung Dengan Papa”