Hot FM

Gelagat Noorkhiriah Melatah Bikin Berdekah!

Kahkahkah.. memang macam ni ke kalau orang melatah?

Petang Selasa lalu, pelakon dan pengacara, Sharifah Shahirah ada memuat naik sepotong video pendek di Instagram sedang menjalani penggambaran bersama suaminya, Ijoy dan selebriti, Noorkhiriah.

Apa yang melucukan, apabila Ijoy mengusik pelakon drama Nur itu yang diketahui umum seorang yang kuat melatah. Saksikan video di bawah:

Aduh, sampai terpelanting pen dibuatnya!

Sehingga kini, video yang dikongsikan itu telah meraih lebih 289,000 tontonan dengan rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Khiriah yang melatah setelah disakat Ijoy.

Walaupun kita rasa melatah ni satu penyakit yang menghiburkan, jangan pula kita kerap mengganggu mereka kerana risau ia boleh membahayakan orang di sekitarnya.

Exit mobile version