Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dividen 5.35% bukti kemampuan LTAT ketika ekonomi global mencabar

today12 March 2026

Background


Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata kementeriannya akan terus memantau prestasi LTAT bagi memastikan dana simpanan anggota tentera diuruskan sebaik mungkin. (Gambar LTAT)
KUALA LUMPUR:

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) membuktikan keupayaannya memberi pulangan dividen lebih baik bagi tahun kewangan 2025 meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global, kata Menteri Pertahanan, Khaled Nordin.

Beliau berkata, prestasi itu satu pencapaian membanggakan memandangkan situasi ekonomi dunia mencabar sepanjang tahun lepas.

“Saya mengucapkan tahniah kepada LTAT, dalam keadaan pergolakan global yang menjejaskan ekonomi tahun lepas, ia masih dapat mencapai pelbagai pencapaian baik.

“Pencapaian ini memungkinkan LTAT mengumumkan dividen pada kadar lebih baik dari tahun sebelumnya,” katanya selepas Majlis Pengumuman Dividen LTAT 2025, di sini.

Khaled berkata, kementeriannya akan terus memantau prestasi LTAT bagi memastikan dana simpanan anggota tentera diuruskan sebaik mungkin.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Munoz teruja JDT cipta sejarah tersendiri

Johor Bahru: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz jelas teruja apabila skuad bimbingannya melakar sejarah tersendiri selepas layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) buat pertama kali.

today12 March 2026