
PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka memberi agihan dividen lebih baik bagi 2024, berbanding tahun sebelumnya berdasarkan prestasi kukuh dua suku terakhir tahun lalu.
Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan, berkata pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkait kadar dividen dana persaraan berkenaan.
“Kalau kita tengok prestasinya sehingga suku ketiga tahun lepas, ia (prestasi) menggalakkan. Sehingga suku ketiga, ia (KWSP) dah dapat RM57.5 bilion (pendapatan pelaburan). Lebih baik daripada tahun sebelumnya.
“Oleh itu, insya-Allah prestasi berterusan pada suku keempat dan dividen akan memberangsangkan. Namun, saya tak boleh komen apa dividennya. Itu tunggulah. Boleh kata lebih baik. Insya-Allah,” katanya menurut Bernama selepas menyempurnakan Larian Asean: Trek Kewangan @MOF anjuran Kementerian Kewangan (MOF), di…