

Mekanisme diyat berupa pampasan berasaskan syariah wajar diteliti sebagai instrumen keadilan kepada keluarga Allahyarham Amirul Hafiz Omar, 33, yang maut dalam nahas melibatkan pemandu mabuk, di Jalan Raya Barat, Klang, semalam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan, berkata hak waris mangsa tidak boleh diabaikan dan pendekatan diyat perlu diberi perhatian bagi memastikan keadilan serta perlindungan sewajarnya kepada keluarga waris.
“Saya mengecam sekeras-kerasnya insiden tragik di Klang yang meragut nyawa seorang bapa, Allahyarham Amirul Hafiz Omar akibat pemandu dipercayai mabuk dan positif dadah. Tindakan memandu dalam keadaan mabuk bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi membahayakan nyawa orang lain.
“Kejadian ini amat menyedihkan dan satu…