Mohamed Awang Lah berpendapat pengendali mudah alih sepatutnya diberi kebebasan melancarkan rangkaian mereka sendiri.

PETALING JAYA: Kerajaan tidak sepatutnya tergesa-gesa melancarkan perkhidmatan 5G melalui Digital Nasional Bhd (DNB), kata veteran internet Mohamed Awang Lah yang berpendapat pengendali mudah alih sepatutnya diberi kebebasan melancarkan rangkaian mereka sendiri.
Beliau berkata, kerajaan sepatutnya membantu mewujudkan rangkaian gentian tanpa trafik atau perkhidmatan berjalan di atasnya terlebih dahulu.
Mohamed, bekas ketua pegawai eksekutif Jaring iaitu penyedia internet pertama Malaysia, berkata RM16.5 bilion diperuntukkan kepada DNB untuk pelancaran 5G adalah lebih daripada mencukupi untuk membina rangkaian gentian berkenaan.
Katanya, dana itu juga boleh digunakan untuk membina menara dan rangkaian grid telekomunikasi untuk menyelesaikan masalah jalur…
