Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

“Dok Main Dengan Setan!” – Sedang Syok Main Gitar, Terus Kena Tegur Dengan Mak Suruh Solat

today3 January 2020

Background


Video berdurasi 30 saat yang dimuat naik @Tonycheani_ itu menunjukkan dirinya sedang bermain gitar sambil membuat cover bagi lagu Cinta Dalam Doa nyanyian asal Souqy Band dengan penuh perasaan.

Walau bagaimanapun, keasyikkan itu tidak bertahan lama apabila ‘diterjah’ oleh ibunya yang datang lalu memberikan kata-kata teguran memintanya berhenti bermain gitar dan segera menunaikan solat.

Yang lawaknya ialah daripada teguran itu, boleh kedengaran bahawa si ibu menganggap anaknya seolah-olah terlalu sibuk dengan duniawi. Beberapa kali si ibu menyebut perkataan ‘syaitan’ dalam tegurannya.

Namun menerusi bahagian caption pula, ternyata pemuda itu sebenarnya sudah pun menunaikan solat dan memohon maaf kepada ibunya.

Lihat video penuh di bawah:



Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Ashiqin Rosselly