Kesakitan dialami pesakit gastrik atau gastritis boleh digambarkan seolah-olah ada luka di dalam perut yang diperah limau.
Sakit gastrik di bulan puasa pula normal terjadi kerana pola pemakanan kita akan berubah.
Di waktu siang semasa perut kosong, peningkatan asid di dalam perut boleh berlaku dan menyebabkan keradangan perut, loya, muntah atau berasa pedih pada ulu hati.
