Timbalan perdana menteri berkata sebarang keputusan berkait isu doktor kontrak akan dibawa kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebelum keputusan muktamad dibuat.

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan akan memuktamadkan keputusan yang bersifat ‘tiada yang rugi, tiada yang terpinggir’ dalam menyelesaikan isu membabitkan doktor kontrak.
Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi yang mempengerusikan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menangani isu itu berkata, sebarang keputusan berkait doktor kontrak akan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum keputusan muktamad dibuat.
Zahid berkata, isu doktor kontrak perlukan pembelaan dan harus mengikut tatacara dan skim perkhidmatan kerajaan.
“Tentunya ada beberapa cadangan yang telah diperbincangkan untuk meletakkan mereka sebagai doktor bertaraf perkhidmatan tetap selain beberapa syarat skim baharu akan…