
Pengamal perubatan am (GP) akan berarak dari bangunan Kementerian Kesihatan (KKM) ke Pejabat Perdana Menteri pada Selasa sebagai membantah dasar mewajibkan pusat perubatan swasta mempamerkan harga perubatan yang berkuat kuasa esok.
Protes itu dianjurkan oleh seksyen pengamal perubatan am Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan dijadual bermula jam 10 pagi dengan doktor swasta berkumpul di luar bangunan KKM di Putrajaya.
Pengerusi seksyen itu, Dr Parmjit Singh Kuldip Singh, berkata perarakan aman itu akan mengikut undang-undang, dan segala kelulusan yang diperlukan akan diperoleh terlebih dahulu.
“Kami tuntut rundingan. Kami tuntut keadilan. Sertai perarakan ini, biar suara anda didengar,” menurut poster yang mempromosikan perarakan itu.
Dr Thirunavukarasu Rajoo yang bakal mengambil alih jawatan Presiden MMA,…