

Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) memutuskan Belanda tidak perlu mendedahkan rekod dalaman tertentu yang dibuat selepas bencana udara 2014 melibatkan pesawat penumpang Malaysia Airlines, lapor Anadolu Ajansi.
Kes itu dibawa oleh organisasi media Belanda iaitu NOS, RTL Nieuws, dan Volkskrant, memohon akses kepada nota daripada mesyuarat peringkat menteri serta laporan dalaman kerajaan yang berkaitan dengan insiden tersebut.
Hakim di Strasbourg memutuskan memihak kerajaan Belanda dengan menyimpulkan bahawa pegawai telah memberikan ‘pertimbangan sewajarnya terhadap prinsip dan kriteria’ apabila memutuskan tidak mengeluarkan bahan berkenaan.
Penerbangan Malaysia Airlines MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada Julai 2014 apabila ia hilang…