Menerusi posting tersebut, Dolla meluahkan kegembiraannya dan berterima kasih kepada syarikat rakaman serta Spotify kerana memilih mereka untuk menghiasi papan iklan di sana.
“Dolla takes New York Times City Square. A dream come true (Dolla di New York Times City Square. Satu impian yang menjadi kenyataan),” tulis mereka.
Penampilan Dolla itu merupakan sebahagian daripada kempen Equal oleh platform penstriman digital tersohor dunia, Spotify.
Sebanyak 35 senarai lagu atau playlist Equal yang meliputi artis dari 50 negara dan Dolla sebagai wajah hadapan wakil bagi senarai lagu dari Malaysia dan Singapura.
Terdahulu, papan iklan New York Times Square pernah memaparkan wajah penyanyi Yuna, dan bintang baharu Layla Sania bulan lalu.