Menerusi perkongsian video daripada @syameer_azmi, kelihatan dia dan dua lagi kawannya sedang berada di sebuah bangku taman rekreasi.
Pada awalnya, mereka ingin merakam video salah seorang berdiri sambil menyilangkan tangan di atas bangku sambil ditahan oleh dua orang pemuda di bahagian belakang supaya tidak jatuh.
Namun pada akhir video itu mereka dilihat tidak sempat untuk menahan badan kawan mereka dan menyebabkan dia terjatuh ke depan.
Lebih melucukan lagi, seorang remaja perempuan yang dilihat sedang berjoging juga tergelincir di belakang mereka membuatkan ramai berdekah kerana dua kejadian lucu itu berlaku pada masa yang sama.