Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dr Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun

today28 September 2026

Background


tun hasmah
Dr Hasmah Ali adalah doktor yang menggunakan peranannya sebagai isteri perdana menteri memperjuang kesihatan ibu, perancangan keluarga, celik huruf, pencegahan penyalahgunaan dadah, dan kesihatan mental. (Gambar fail)
PETALING JAYA:

Dr Hasmah Ali, isteri kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia hari ini pada usia 100 tahun.

Difahamkan, beliau menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), sekitar 9.25 pagi.

Hasmah merupakan doktor yang menggunakan peranannya sebagai isteri perdana menteri untuk memperjuangkan kesihatan ibu, perancangan keluarga, celik huruf, pencegahan penyalahgunaan dadah, dan kesihatan mental.

Mahathir dan Hasmah bertemu pada 1947 ketika menuntut di Maktab Perubatan King Edward VII di Singapura. Mereka berkahwin pada Ogos 1956.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata: Marina, Mirzan, Mokhzani, dan Mukhriz. Mereka juga mengambil tiga anak angkat: Melinda, Mazhar, dan Maizura.

Dilahirkan sebagai anak keenam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Pearly-Thinaah raih gangsa selepas kandas di separuh akhir

Aichi: Pearly Tan-M Thinaah terlepas peluang mencipta sejarah sebagai beregu wanita pertama Malaysia mara ke final Sukan Asia apabila tewas kepada gandingan nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning pada aksi separuh akhir edisi Aichi-Nagoya 2026, sebentar tadi.

today28 September 2026