
PETALING JAYA: Seramai 369 calon kerusi Parlimen, termasuk Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad, hilang deposit selepas memperoleh undi kurang satu per lapan daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15),
Dr Mahathir yang cuba mempertahankan Langkawi untuk penggal kedua hanya memperoleh 4,566 undi daripada keseluruhan 48,123 undi dalam pertembungan lima penjuru itu.
Pemimpin kanan Pejuang lain yang turut hilang deposit termasuk anaknya, Mukhriz yang kalah di Jerlun dan Timbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air Marzuki Yahya (Sungai Petani), lapor Bernama.
Banyak “nama besar” lain turut mengalami nasib sama, antaranya bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi Zuraida Kamaruddin yang meraih 4,589 undi di Parlimen Ampang dan bekas timbalan menteri…