
PETALING JAYA: Pembantu Perdana Menteri Anwar Ibrahim mencabar Dr Mahathir Mohamad menamakan pemimpin asing didakwa disekat bertemu dengan bekas perdana menteri itu.
Kamil Mumim, selaku setiausaha politik Anwar Ibrahim atas kapasitinya sebagai menteri kewangan, mengulas audio siar, yang mana Mahathir mendakwa Anwar menghalang tiga pemimpin asing daripada bertemu dengannya.
“Pemimpin mana? Dari negara mana?”soal Kamil dalam hantaran di X
“Nyatakan (namakan). Jika tidak Tun (Mahathir) bohong untuk cipta persepsi buruk dan meraih simpati politik.
“Tak baik bohong, Tun. Dosa.”
Semalam, Mahathir membuat dakwaan berkenaan dalam audio siar Apa Cerita bahawa tiga pemimpin asing yang berada di Malaysia dihalang bertemu pemimpin veteran itu.
Namun, beliau menuduh Anwar tidak membenarkan mereka berbuat…
