Hot FM

Dr M di IJN untuk pemantauan


Dr Mahathir Mohamad mempunyai sejarah masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 1989 dan 2007.
PETALING JAYA:

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemantauan, kata anaknya, Mokhzani.

Mokhzani berkata Mahathir, 101, dimasukkan ke IJN semalam, lapor Bernama.

Jurucakap pejabat Mahathir, Sufi Yusoff, berkata bekas perdana menteri itu berada dalam keadaan baik dan sedang berehat di IJN.

Isteri Mahathir, Dr Hasmah Ali, meninggal dunia di IJN pada pagi Isnin pada usia 100 tahun. Allahyarham diberi istiadat pengebumian negara dan dikebumikan di Pusara Negara, Putrajaya.

Pemergiannya menerima pelbagai ucapan penghormatan, dengan ramai mengenang sifat mesra dan anggunnya selain sumbangan beliau kepada negara.

Mahathir berkata beliau tidak menyangka Hasmah akan meninggal dunia kerana isterinya kelihatan sihat sehari sebelumnya.

Mahathir mempunyai sejarah masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan pintasan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version