Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dr M di IJN untuk pemeriksaan biasa, kata Khairuddin

today3 August 2023

Background


Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke IJN Selasa lalu.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak Selasa lalu dipercayai akibat mengalami jangkitan.

Pengerusi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Khairuddin Abu Hassan, bagaimanapun memaklumkan kehadiran Mahathir di IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan biasa, menurut Berita Harian.

Sebelum ini sebuah portal melaporkan kesihatan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu dalam keadaan membimbangkan, namun sumber yang dipetik berkata pihaknya masih menunggu kenyataan rasmi IJN.

Terdahulu, tular di media sosial Mahathir sedang kritikal dan dirawat di IJN.

Mahathir, 98, sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN selama 16 hari pada Januari tahun lalu selepas menjalani prosedur perubatan elektif.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Umar tempat ketujuh acara akhir 400m

Kuala Lumpur: Jaguh olahraga negara Umar Osman meminta maaf kerana tidak dapat menghadiahkan pingat untuk Malaysia pada aksi final 400 meter (m) Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Chengdu, China, sebentar tadi.

today3 August 2023