
PETALING JAYA: PRK Kemaman satu cara untuk mengembalikan Dr Mahathir Mohamad ke Parlimen, seiring cita-cita PAS menawan Putrajaya semula, kata seorang bekas menteri.
Bekas pemimpin Umno Sabah dan menteri persekutuan, Salleh Said Keruak berkata Mahathir juga boleh menjadi calon perdana menteri bagi kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Jika parti Islam itu mahu kembali ke Putrajaya tidak lama lagi, mereka perlu membawa Mahathir kembali ke Parlimen sekarang, tulisnya dalam catatan Facebook dengan tajuk “Adakah PAS akan menukar Kemaman untuk tiket ke Putrajaya?”
Tertanya-tanya jika PAS akan menunggu sehingga PRU16 (menjelang 2027) atau PRK Kemaman akan datang untuk kepulangan Mahathir, Salleh berkata PAS tidak melihat ada sebab untuk menunggu kerana Mahathir kini berada di pihak mereka.
Jika parti itu…