Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dr M dibenar keluar IJN

today29 July 2024

Background


mahathir
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dirawat di Institut Jantung Negara pada 15 Julai lalu, lima hari selepas menyambut ulang tahun kelahiran ke-99. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang ke rumah selepas dua minggu dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) kerana batuk.

Seorang pembantu Mahathir, Sufi Yusoff berkata kesihatan bekas pemimpin berusia 99 tahun itu semakin baik dan dibenarkan ‘bercuti di rumah’, lapor Bloomberg.

Mahathir dimasukkan ke IJN pada 15 Julai lalu, lima hari selepas ulang tahun kelahiran beliau yang ke-99 tahun.

Beliau sering keluar masuk hospital sejak beberapa tahun lalu. Mahathir juga ada sejarah masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 1989 dan 2007.

Kali terakhir beliau mendapatkan rawatan di IJN adalah pada Januari lalu akibat masalah jangkitan.

Beliau dibenarkan keluar dari hospital itu pada Mac.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Jin Wei menggeletar walaupun menang

Paris: Pemain profesional wanita negara, Goh Jin Wei memulakan kempen sulungnya di Sukan Olimpik Paris 2024 dengan langkah kanan apabila mengatasi juara Sukan Afrika dua kali, Johanita Scholtz pada acara perseorangan Kumpulan H di di sini hari ini.

today29 July 2024