Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dr M gagal peroleh dokumen dalam kes saman fitnah terhadap Anwar

today2 October 2023

Background


Dr Mahathir Mohamad menyaman Anwar Ibrahim atas kenyataan dibuat presiden PKR itu yang mendakwa beliau mengayakan keluarganya semasa menjadi perdana menteri.

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi menolak permohonan Dr Mahathir Mohamad untuk penzahiran dokumen dalam saman fitnah terhadap Anwar Ibrahim.

Mahathir mahu Anwar mengemukakan dokumen mengenai dakwaan Konsortium Perkapalan Bhd (KPB) diselamatkan (bailout) oleh Petronas dan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) pada 1997.

Beliau turut mahu memperoleh dokumen berkaitan pemberian kontrak kepada Opcom Cables Sdn Bhd oleh Telekom Malaysia Bhd pada 2003 dan lesen fabrikasi oleh Petronas kepada Kencana Petroleum Bhd pada 2002.

Bekas perdana menteri itu juga meminta Anwar mengemukakan laporan berkaitan dengan permintaan Perwaja Steel Bhd untuk mendapatkan dana kerajaan pada 1998, serta dokumen berkaitan dengan yuran guaman yang dibayar kepada dua firma, iaitu Lewis & Co dan VK Lingam & Co.

Rafique Rashid Ali, yang mewakili…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post