
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang membuat kemunculan pertama di pentas Perikatan Nasional (PN) berharap gabungan itu menyapu bersih semua negeri dalam PRN pada Ogos ini.
Mahathir yang berucap dalam Malam Munajat Pakat Pertahan PAS Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu berkata, sekiranya orang Melayu bersatu dan keluar mengundi PN akan menang di enam negeri itu.
“Kita akan ada PRN, ada enam buah negeri akan ada PRN.
“Saya harap dapat sapu bersih. Kita semua orang Melayu, ramai yang berkata orang Melayu berpecah dan tak mungkin bersatu, tapi malam ini dapat lihat pemimpin parti-parti Melayu berkumpul di sini kerana nak memperjuangkan nasib dan masa depan negara,” katanya lapor Malaysia Kini.
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu juga berharap orang Melayu akan keluar mengundi seramai yang mungkin…