
PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Pejuang yang diterajui anaknya, Mukhriz kerana tidak bersetuju parti itu keluar Gerakan Tanah Air.
Bekas ahli Majlis Eksekutif Pusat Pejuang, Abu Bakar Yahya mengesahkan 13 pemimpin, termasuk Mahathir dan dirinya meletak jawatan serta keahlian serta merta.
“Kami keluar sebab tidak boleh terima Pejuang keluar GTA, kami nak GTA,” kata bekas setiausaha politik Mahathir itu.
Keputusan itu turut dimaklumkan kepada Setiausaha Agung Pejuang, Amiruddin Hamzah menerusi surat yang ditandatangani semua pemimpin terbabit.
Pemimpin lain yang keluar Pejuang termasuk adalah Marzuki Yahya, Khairuddin Abu Hassan, Afiqah Mohamad, Nurhairi Rahmat, Fyzul Adzwan Mustafa Kamal, Mohamad Jani, Ahamed Basheer, Azman Mohd Hashim, Mohd Jefrie Hussin, Armin Baniaz Pahamin, dan Wan Azliana Wan Adnan.
BERITA LANJUT MENYUSUL