
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan pengerusi Pejuang yang diasaskannya pada 2020 selepas meninggalkan Bersatu.
Keluarga Mahathir mahu beliau berundur daripada politik dan “teruskan hidup sebagai negarawan”, menurut seorang pemimpin Pejuang yang enggan dinamakan,
Tetapi, katanya: “Saya tidak pasti sama ada itu memang alasannya.”
Beberapa laporan menyatakan Mahathir kekal sebagai pengerusi Gerakan Tanah Air, gabungan beberapa parti berasaskan Melayu, NGO, ahli akademik dan juga profesional, yang ditubuhkannya sebelum pilihan raya umum ke-15.
GTA meletakkan 158 calon pada PRU15, dengan 116 daripadanya bertanding di kerusi Parlimen. Mereka bertanding atas tiket Pejuang, malangnya semua kecundang.
Mahathir dan anaknya, Mukhriz, antara 369 calon PRU15 yang hilang wang deposit mereka kerana mendapat kurang 1/8…