
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad secara terbuka mahu sistem sekolah vernakular di negara ini dihapuskan.
Bercakap dalam sesi soal jawab di Putrajaya, beliau berkata tindakan itu merupakan cara terbaik merapat jurang antara kaum melalui pendidikan.
“Salah satu cara terbaik rapat jurang antara kaum ialah melalui pendidikan dan antaranya dihapuskan sekolah vernakular,” katanya menurut Utusan Malaysia ketika menghadiri Majlis Ilmu “Peradaban dan Sosiologi” diadakan bersempena Minggu Negarawan anjuran Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Putrajaya.
Pada 28 Julai tahun lalu, beliau ketika Persidangan Meja Bulat: Penjenamaan Semula Naratif Politik Melayu mendakwa idea sekolah vernakular ditutup tidak wajar diberi keutamaan.
Mahathir menegaskan, bahawa “kaum pendatang” yang meraih…