Site icon Hot FM

Dr M persoal prestasi Anwar, menteri ‘tak buat apa’


Kerajaan semasa juga masih dibelenggu keadaan politik ‘tidak tentu arah’, kata bekas perdana menteri itu.

Dengan kemerosotan ringgit dan inflasi berterusan, Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan pencapaian Anwar Ibrahim sejak dilantik menjadi PM pada November tahun lepas.

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan prestasi Anwar Ibrahim mentadbir negara selain mendakwa negara dilanda pelbagai isu semenjak perdana menteri itu mula menerajui kerajaan.

Mahathir berkata, kerajaan masih dibelenggu oleh keadaan politik yang “tidak tentu arah”, dan beliau memberikan amaran tentang kerosakan yang tidak dapat dipulihkan sekiranya keadaan ini berterusan.

“(Anwar) dapat enam bulan (pegang kuasa), apa dia buat?” soalnya dalam satu episod audio siar.

“Keadaan mata wang jatuh, inflasi masih berterusan, ekonomi tak dapat dipulihkan … apa kejayaan (Anwar)?”

Beliau juga mendakwa mendapat aduan daripada penjawat awam bahawa mereka “tiada kerja” kerana tidak mendapat sebarang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version