
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno menuduh Dr Mahathir Mohamad hipokrit kerana tidak menerima tanggungjawab atas “budaya rasuah” parti itu, dengan mendakwanya tidak melakukan apa-apa bagi menangani masalah berkenaan.
Pengerusi Tetap Pemuda Umno, Wan Agyl Wan Hassan berkata, selaku presiden Umno ketika itu, Mahathir mempunyai “kuasa dan tanggungjawab” memerangi rasuah dalam parti sendiri.
“Beliau yang mengawal segala-galanya dan boleh menghentikan sebarang salah laku.
“Anda (Mahathir) adalah ketua kerajaan dan parti. Anda mempunyai kata putus dalam semua perkara. Jadi, jika wujud rasuah dalam Umno, anda sebagai perdana menteri dan presiden parti sepatutnya mengambil tindakan,” katanya kepada FMT.
Mahathir menjadi presiden Umno kira-kira 22 tahun, dari 1981 sehingga persaraannya pada 2003, serentak tempoh beliau menjadi perdana menteri untuk kali…