Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Dr Noor Hisham Tegur Noh Salleh Pegang Rokok Di KLFW

today23 August 2022

Background

Aksi penyanyi Noh Salleh yang memegang sebatang rokok yang tidak dinyalakan ketika memperagakan pakaian di pentas Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW) mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Membuat teguran mengenai isu terbabit di laman Twitter rasminya, Hisham memandang serius isu berkaitan artis yang menampilkan perilaku seperti merokok atau menghisap vape di khalayak ramai.

β€œKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius terhadap isu berkaitan artis yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape di khalayak ramai.

β€œPerbuatan ini menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat sekeliling terutama kepada kanak-kanak dan remaja,” tulisnya.

Hisham turut memohon agar semua pihak untuk membantu usaha KKM bagi mengekang budaya merokok.

β€œKKM menyeru setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu usaha KKM bagi memastikan perbuatan merokok dapat dijadikan sebagai satu budaya yang tidak diterima lagi dalam kalangan masyarakat,” tulisnya di Twitter.

Terdahulu, Noh pernah mencetuskan kontroversi menghisap rokok elektronik semasa ditemu bual media dalam sebuah acara yang berlangsung sekitar Julai lalu.

Written by: Salma


Previous post