Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dr Sam ketua pembangkang? PAS kata boleh bawa ke mesyuarat PN

today4 December 2023

Background


PAS berkata cadangan Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik ketua pembangkang mungkin boleh dibawa dalam mesyuarat PN sambil menegaskan mereka tiada masalah dengan Hamzah Zainudin.

PETALING JAYA: Cadangan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai ketua pembangkang mungkin boleh dibawa ke mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Perikatan Nasional (PN) akan datang, kata pemimpin PAS.

“Masih terlalu awal nak komen bab itu, hal ini boleh bincang dalam mesyuarat MPT PN akan datang.

“Kita explore (kaji) jalan yang terbaik untuk kekuatan PN dan bawa kestabilan untuk negara,” kata Sanusi Nor yang juga menteri besar Kedah kepada FMT.

Sanusi mengulas cadangan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil supaya Samsuri, lebih dikenali sebagai Dr Sam yang menang PRK Kemaman Sabtu lalu, mungkin boleh dilantik sebagai ketua pembangkang jika naib presiden PAS itu memenuhi kriteria menjadi calon perdana menteri.

Fahmi memberi cadangan itu mengulas keyakinan Perikatan Nasional…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Anne Muhammad


Previous post