Hot FM

Draf MoU kerajaan ‘luar biasa’, tiada niat benar bantu wakil rakyat pembangkang, kata Muhyiddin


muhyiddin
Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat pada pelbagai peringkat, termasuk terbaru melibatkan semua Ahli Parlimen PN, yang tidak berpuas hati dengan draf MoU kerajaan.

KLUANG: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menyifatkan draf memorandum persefahaman (MoU) diusulkan oleh kerajaan mengenai peruntukan Ahli Parlimen pembangkang sebagai ‘agak luar biasa dan menyulitkan’.

Muhyiddin berkata, mesyuarat telah diadakan pada pelbagai peringkat, termasuk terbaru melibatkan semua Ahli Parlimen PN, yang tidak berpuas hati dengan draf itu.

“Dan mesyuarat tu memutuskan, cadangan MOU yang dikemukakan (kerajaan) agak luar biasa … agak menyulitkan, bukan benar-benar ada niat nak bantu wakil rakyat (pembangkang),” katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon PRK Mahkota hari ini.

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu berkata, pengumuman ‘sangat penting’ mengenai perkara itu akan dibuat tidak lama lagi.

“Kenyataan rasmi akan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version