Acara sukan Sukma Sarawak tahun ini bukan sahaja memperlihat anak muda menonjolkan bakat, bahkan menyentuh hati netizen.
Seorang atlet Terengganu menggemparkan warganet apabila mengumumkan memeluk Islam selepas menang acara tae kwon do.
Memetik Harian Metro, Fu Ceen Put Thai terbuka hati untuk memeluk Islam sejak Disember tahun lalu lagi.