Terbaru, drama popular dari Indonesia iaitu Ikatan Cinta bakal ditayangkan di TV9 bermula 26 Januari 2022.
Ikatan Cinta mengisahkan tentang dua beradik iaitu Andin dan Elsa yang mencintai lelaki yang sama iaitu Nino. Hubungan mereka menjadi semakin buruk selepas Elsa mendapat tahu bahawa Nino akan mengahwini kakaknya sendiri, Andin.
Hubungan Nino dan Andin mendapat restu daripada Pak Surya tetapi dihalang oleh Elsa dan Bu Sarah. Walaupun Nino hanyalah bekas teman lelakinya, tetapi Elsa masih menaruh harapan dan mengharapkan cinta Nino. Namun begitu, malangnya hati lelaki itu sudah dimiliki oleh Andin.