

Pembangunan dron kamikaze buatan tempatan, Todak, keluaran Mindmatics Sdn Bhd memasuki fasa akhir dan bersedia untuk penerbangan ujian rasmi pertamanya bulan depan.
Ketua Projek Mindmatics Syed Firdaus Sayed Rohani, berkata penerbangan ujian berkenaan bertujuan menguji kemampuan sebenar dron itu ketika beroperasi.
“Aspek yang akan diuji dalam penerbangan cubaan berkenaan kelak antaranya melibatkan jarak operasi penerbangan, kelajuan, tempoh operasi, dan kemampuan dron berkenaan membawa kepala peledak,” katanya kepada Bernama.
Syed Firdaus berkata, Todak buat kali pertama dipamerkan kepada umum pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2024 (DSA 2024).
Beliau berkata, dron tersebut boleh membawa kepala peledak hingga 0.5kg dengan keupayaan terbang ke sasaran sejauh 75km.
Beliau berkata, Todak direka sebagai peluru pintar dengan keupayaan…