Hot FM

Dua beradik maut pulang kenduri kahwin



Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta selepas kemalangan di berhampiran simpang Manik Urai, Kuala Krai, Kelantan.

PETALING JAYA: Perjalanan dua beradik selepas menghadiri kenduri kahwin berakhir tragedi apabila kedua-duanya maut dalam kemalangan berhampiran simpang Manik Urai, Kuala Krai, Kelantan petang tadi.

Lebih menyedihkan apabila jenazah dua beradik itu yang masih lengkap berpakaian baju Melayu serta bersampin tersepit dalam kereta susulan nahas yang berlaku ketika mereka dipercayai dalam perjalanan pulang ke Damansara, Selangor.

Mangsa yang maut ialah Wan Abdul Azim Wan Zamani, 25, yang beralamat di Bandar Sri Damansara manakala identiti seorang lagi belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Suzaimi Mohammad berkata, berdasarkan keterangan awal saksi, kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 4.30 petang apabila kereta jenis Proton Saga dipandu salah seorang mangsa terbabas ke laluan bertentangan sebelum…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version