Pasangan itu mendedahkan mereka tidak pernah jumpa sebelum ini dan bukan juga berada di dalam kelas yang sama.
“Dia berada dalam gred di atas saya. Dia lebih tinggi daripada lelaki lain pada masa itu, dan mungkin itulah sebabnya dia dipilih bersama saya untuk memainkan pasangan yang baru berkahwin dalam persembahan,” kata si isteri.
Pada Oktober 2022, klip video persembahan tadika berkenaan mula tersebar dalam sebuah class group chat.
Melihat video itu, ibu Zheng menganggap ia adalah momen yang indah dan bergurau dengan anaknya dengan mencadangkan supaya cuba mencari gadis di sebelahnya.
Dengan bantuan bekas guru tadika mereka, dia berjaya menghubungi “pengantin perempuan” zaman kanak-kanaknya.
“Saya tidak pernah menjangkakan budak lelaki dan budak perempuan dari masa itu akan muncul semula dengan gaya yang sama.
“Kali ini, kami bersatu kembali dalam perkahwinan sebenar, yang membuatkan saya sedar bahawa takdir sememangnya indah,” kata Zheng.