Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Khabar mengejutkan datang selepas pasukan negara melayakkan diri ke temasya Piala Asia dimana dua pemain skuad kebangsaan dikhabarkan bakal menyertai kelab Thailand, BG Pathum United.
Perkara ini dikongsikan oleh Makan Bola namun tidak menyebut secara spesifik pemain mana yang akan menyertai bekas juara saingan Thai League 1 itu.

PFA Malaysia
Pemain yang dimaksudkan beraksi di posisi sayap dan menjadi antara pemain penting ketua jurulatih, Kim Pan-gon dalam kempen kelayakan Piala Asia 2023 yang berlangsung di laman sendiri baru-baru ini.
Sebelum ini, terdapat tawaran dari pasukan luar negara untuk kedua-dua pemain namun atas sebab tertentu, tiada kata sepakat dapat dicapai dan dua pemain ini terus beraksi dalam saingan Liga Malaysia.
BG Pathum sendiri ketika ini mempunyai dua pemain yang mengisi kuota pemain import Asean iaitu pemain skuad kebangsaan Singapura, Irfan Fandi dan…