Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Dua Pemain Singapura Tarik Diri Sebelum Menentang Harimau Malaya

today24 March 2022

Background




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) semalam mengumumkan dua pemain iaitu Iqram Rifqi dan M. Anumanthan Kumar tidak akan beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Malaysia dan Filipina.

Menurut kenyataan rasmi, Iqram yang beraksi di posisi pertahanan telah menarik diri kerana didapati positif COVID-19 manakala Anumanthan yang juga merupakan bekas pemain import Kedah terpaksa menolak panggilan ke skuad kebangsaan kerana masalah keluarga.

Bagaimanapun, pengendali pasukan itu, Nazri Nasir tidak bercadang untuk memanggil pemain baharu bagi menggantikan tempat mereka dan beliau akan menggunakan baki 24 pemain yang sedia ada.

Dua pemain Singapura yang telah menarik diri.

Baki skuad 24 pemain menampilkan beberapa muka baru dan pemain lama. Turut tersenarai ialah pemain pertahanan Selangor, Safuwan Baharudin serta dua pemain kelab Thailand, BG Pathum iaitu Irfan Fandi dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post