Pakar vaksin Amerika Syarikat, Paul Allan Offit menyatakan bahawa kesan sampingan terhadap vaksin adalah perkara biasa. Dia meminta orang ramai untuk bertenang walaupun terdapat laporan dua pekerja kesihatan mengalami alahan setelah disuntik dengan vaksin Pfizer.
“Sudah tentu, vaksin boleh menyebabkan reaksi alahan yang teruk. Di Amerika Syarikat, kira-kira satu dari setiap 1.4 juta dos vaksin menyebabkan reaksi alergi,” katanya seperti dilaporkan oleh CNN.

