Menerusi hantaran di akaun Threads @benjee7an, individu tersebut telah menimbulkan perdebatan ramai mengenai isu ‘cop’ meja duduk di tempat awam.
Menurutnya, budaya itu dianggap sebagai perjara mementingkan diri sendiri dan tidak bermoral.
Malah, tindakan itu akan menyebabkan mereka yang sudah mengambil makanan mengalami kesukaran mencari tempat duduk kerana telah ditanda dengan barangan lain.
Namun, baginya situasi itu boleh diterima jika ada wakil yang duduk terlebih dahulu di meja tersebut berbanding hanya meninggalkan barangan.