
Suasana pilu menyelubungi tebing sungai berhampiran Jalan Ipoh apabila bunyi deruan enjin jengkaut memusnahkan deretan rumah papan yang menjadi tempat berteduh selama puluhan tahun.
Bagi warga emas, Ali Ahmad, 83, setiap robohan dinding kayu itu membawa pergi separuh daripada lipatan sejarah hidupnya.
Beliau yang berasal dari Perak telah menetap di penempatan setinggan berkenaan sejak 46 tahun lalu, membanting tulang mencari rezeki sebagai pemotong kayu balak…